Saturday, February 26, 2011

MaiLayan!-9 Inovasi Jepun Yang Gagal

Jepun? Sebuah negara yang sangat kreatif dalam pelbagai bidang. Namun jika tahap kreativiti itu melampau-lampau, timbullah idea yang bukan-bukan sehingga ciptaan yang pelik-pelik pula muncul. 

Gambar-gambar di bawah merupakan ciptaan mereka yang boleh dianggap sebagai karya yang gagal. Ini kerana ciptaan yang baru sepatutnya lebih memudahkan, tetapi ciptaan kali ini lebih kepada menyusahkan pengguna. 

Kenapa? Jangan tanya saya, anda nilai sendiri ya, jom layan mereka... (diskripsi di bawah gambar)


1. Mancis Cap Matahari
Apa kejadahnya nak tunggu rokok siap bakar camni. Dahla susah nak bawak, baik beli lighter Cricket RM1.00. Dah tu plak kalau gelap takleh pakai. Gagal!
p/s: Lepas cucuh, takyah cabut rokok tu, hisap terus ja ngan kanta tu, baru pakej lengkap orang gila!


2. Alat Berkebun 10 Dalam 1
Idea yang menarik. Dengan cara ini alatan berkebun anda senang untuk disimpan. Nak apa, semua ada. Tapi kalau dah nak mencangkul setengah kaki pon sampai lenguh pinggang, baik guna alat biasa ja. Berat tu bang, 10 alat dimuatkan dalam tu. Gagal!
p/s: Kalau sorang nak cangkul, sorang lagi nak guna sabit, berebut la hangpa!


3. Topi Payung
Bagus juga sebab boleh jimat satu tangan, tak payah pegang payung, tapi buruk bebenor rupanya. Dah macam Ultraman silap pakai costume plak. Gagal!
p/s: Kalau aku, baik pakai surat khabar ja dari pakai topi payung ni.


4. Tali Leher Serbaguna
Bagus untuk mereka yang nak jimat barang dalam poket. Boleh isi macam-macam. Gunting, kad, klip kertas, pen. Tapi berat la, silap-silap boleh sakit tengkuk. Gagal!
p/s: Tambah la lagi poket untuk letak peti ais ka microwave ka..



5. Kamera 360 Darjah
Speechless. Aku tak tau nak kata apa (-_-||) Gagal!
p/s: Rupa dah macam android salah bikin.



6. Selipar Pemukul Lipas
Bhahaha! Ni mesti selalu pukul lipas guna selipar, sampai keluar idea camni. Beli ridsect ja la kak oii... Gagal!
p/s: Lepas pukul lipas, kena basuh plak selipar tu, kalau tak lantai penuh ngan perut lipas yang hancur.



7. Alat Pengumpul Air Hujan
WTF. Tadah saja la guna baldi. Kat Jepun tak ada baldi kosong ka? Nanti aku eksport sana satu, aku ada lebih.. LOL.. Gagal!
p/s: Takda kerja nak usung benda ni tadah hujan.
 

8. Pembekal Oksigen Mesra Alam
Idea tu dah ada. Photosysthesis produces oxygen. Cuma kena upgrade lagi. Bagi tak nampak ridiculous sangat.. ini dah macam vacuum cleaner ja.. Separa gagal!
p/s: Kalau malam takleh pakai, sebab waktu malam, plant respirates to produce CO2. Keracunan nanti!



9. Pelindung Rambut Ketika Makan Mi
Serious LOL! Kalau makan elok-elok kan senang. Kalau dah gelojoh tu memang la kuah tu terpercik ke sana sini. Pakai kat rumah pon aku tak mau ni.. Ini dah macam kostum bunga matahari ja.. haha GAGAL!
p/s: Kalau awek aku pakai ni time dating, aku lari makan kat meja lain haha

Sumber: Klik sini

6 comments:

Sayid Ann Ima said...

me likey #6
tihihi
XP

Anas Clay said...

haha u sure hate roaches a lot

Sayid Ann Ima said...

not so
klu nk pegang 2, blh je
but better use ridsect kn
hahaha

Anas Clay said...

wakaka.. i hate roaches damn much

Ahmad Yasir said...

haha..kecian kat najian wei..kalau hang lari meja lain...wakaka..

Anas Clay said...

hahaha... kau kata kalau ja