Showing posts with label Layan-Sedih Sob Sob. Show all posts
Showing posts with label Layan-Sedih Sob Sob. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

MaiLayan!-Horrible Road Accident

A horrible road accident video I found on the internet. No idea about the location it happened. See how the family members were saddened by the their son's pitiful death. This video can be a warning for us to always concern about road safety at all time. Safety first, guys!



Thursday, August 4, 2011

MaiLayan!-Silence Of Love

This is a Thai life insurance commercial ads. A real touching video that shows how a deaf-mute father expressed his love to his beloved daughter, yet his daughter did not appreciate it as she should. Though many people criticized the insurance company for making this kind of commercial video, still, many others accepts this message as a symbolic of love and humanity. 

Tuesday, March 1, 2011

MaiLayan!-Sedih Tapi Kelakar

Lagi kes kehilangan anak! Tiap-tiap hari pon kuar paper kes hilang anak. Kali ni bukan setakat orang hilang anak, tapi itik pon ada hilang anak.. Taktau nak kata apa, sebab sedih pon ada, kelakar pon ada. Kita layan siri gambar di bawah jom.


Monday, February 7, 2011

MaiLayan!-Ayah Pergi Mana Tadi?


Seorang bapa baru pulang dari kerja. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Kepulangannya disambut oleh si anak yang kecil (masih belajar di tadika). Ketika di ruang tamu, si anak asyik bermuram muka. Sesekali dia menjeling si ayah yang asyik menonton rancangan di TV. Tiba-tiba si anak bersuara,

"Ayah pergi mana tadi?"
"Ayah pergi kerja", jawab si ayah, ringkas.

"Kenapa ayah kerja?" soal si anak.
"Untuk cari duit" balas si ayah pula.

"Oh.." jawab si anak lalu kembali muram.

Keesokan harinya, ketika si bapa pulang kerja, si anak itu bertanya lagi,

"Ayah pergi mana tadi?"
"Ayah pergi kerja, cari duit" balas si ayah lalu terus berlalu.

Si anak terdiam.

Esoknya si anak tidak lagi menyambut kepulangan ayahnya. Dia lebih banyak duduk berseorangan dan kadangkala ke hulu hilir seolah-olah mencari sesuatu. Hal ini berlarutan selama beberapa hari.

Suatu hari, ketika si ayah pulang dari kerja, lebih kurang pukul 9 lebih, si anak datang menyambutnya dengan soalan,

"Ayah, gaji ayah berapa sejam?"

Si ayah yang masih keletihan terus melenting, "Eh budak ni, kenapa kau nak tanya pulak?" 

Si anak terus tunduk dan menjawab, "Adik cuma... nak tahu...", lalu beberapa butir air mata mengalir di pipinya.

Si ayah terasa bersalah lalu menjawab, "Gaji ayah 30 ringgit sejam, kenapa?"

Si anak terdiam seketika lalu berkata, "Boleh adik pinjam 10 ringgit?"

Si ayah berasa hairan, lalu mengeluarkan dompet dan memberi sehelai wang 10 ringgit kepada anaknya.

Si anak tersenyum dan bergegas ke biliknya. Si ayah yang masih tertanya-tanya itu perlahan-lahan mengekorinya anaknya.

Di dalam bilik, si anak itu memasukkan tangan ke bawah bantal lalu mengeluarkan wang sebanyak 20 ringgit.

Lantas si ayah bertanya, "Eh adik nak buat apa dengan duit banyak-banyak ni?"

Si anak kemudiannya menghulurkan wang itu kepada ayahnya.

"Ini 20 ringgit, campur 10 ringgit, jadi 30 ringgit. Adik nak beli ayah sejam saja. Esok ayah pulang awal ya, kita makan malam sama-sama.."

Terkedu hati si ayah mendengar jawapan si anak, lalu dipeluk anaknya sambil menangis.