Mamat, seorang bekas penjenayah, baru sahaja dibebaskan setelah dihukum 20 tahun penjara kerana merogol dan merompak. Dia kini sudah insaf dan ingin kembali ke pangkuan keluarganya.
Hari itu hari Jumaat. Dia memulakan langkahnya berjalan kaki untuk pulang ke kampung. Dia enggan menaiki kenderaan walaupun ramai yang menghulurkan bantuan di sepanjang perjalanannya itu. Biarpun letih, Mamat sanggup mengharunginya dengan penuh cabaran (sebenarnya rumah dia 300 meter ja dari penjara tu). Sewaktu lalu di hadapan masjid, azan Zohor berkumandang. Mamat berhajat untuk menunaikan solat Jumaat di situ.
Ketika khatib membacakan khutbah, Mamat mendengar dengan penuh rasa tawadduk. Sesekali terkeluar titisan air matanya kerana terkenangkan dosa lampau. Tiba-tiba, tabung bergerak masjid sampai di hadapannya. Dia menelan air liur sambil berkata dalam hati.
"Inilah amalan pertama aku selepas keluar penjara. Aku akan bersedekah di jalan Allah."
Lalu Mamat mengeluarkan wang dari sakunya sebanyak RM1 lalu dimasukkan ke dalam tabung itu. Tiba-tiba, bahunya disapa. Mamat menoleh ke belakang. Seorang lelaki tua berjubah putih menghulurkan wang RM100 kepadanya sambil tersenyum.
Mamat pon menyambut wang itu lalu dimasukkan ke dalam tabung itu juga.
Dalam hati, Mamat berkata,
"Sungguh hebat orang tua di belakang aku. Dia sanggup bersedekah RM100 untuk menegakkan agama. Aku kagum dengan dia"
Dalam pada itu, tabung itu sudah pon di "pass" kan kepada orang lain sehingga tidak kelihatan lagi.
Beberapa ketika kemudian, bahu Mamat ditepuk lagi.
Dia menoleh ke belakang dan melihat orang tua berjubah putih itu sedang menahan ketawa. Begitu juga pakcik-pakcik di sebelahnya, yang sudah pon berdekeh-dekeh sehingga merah muka.
"Kenapa pakcik ketawa?" soal Mamat
"Duit tadi tu bukan duit aku. Itu duit kau, jatuh dari poket tadi, aku nak pulangkan balik,"
No comments:
Post a Comment