Setiap hari mesti ada sahaja berita sensasi kes-kes rogol di Malaysia yang terpampang di dada-dada akhbar. Sudah semakin menjadi-menjadi saban hari, sehinggakan masyarakat hari ini sudah lali dengan berita-berita seperti ini. Apa sebabnya? Yang pastinya kes melibat jenayah kes rogol di Malaysia ini tidak mengira mangsa. Daripada yang bertudung litup dan labuh, nenek, anak sendiri, anak tiri, sehinggalah kepada peringkat kanak-kanak pun mereka sapu. Gelaran apa yang boleh diberikan manusia yang bertopengkan binatang ini?
Kita jangan bercerita soal untuk mencari penyelesaian sedangkan kita sendiri yang memberikan racun dan sekarang ini kita mencari pula ubat yang terbaik untuk mengubatinya. Kalau semalam, kita buka pusat bersosial dan anjurkan segala bentuk parti dan memberikan kebenaran. Secara tidak langsung kita galakkan anak-anak muda dalam menyertai segala bentuk parti sosial supaya seiring dengan negara maju. Kononnya.
Di bawah ini menunjukkan suatu kejadian ngeri berkaitan jenayah rogol. Sama-sama kita bersimpati terhadap mangsa.
No comments:
Post a Comment