Sebuah kumpulan mafia di Kuala Lumpur sedang bermesyuarat di HQ mereka. Terdapat satu isu besar untuk dibincangkan. Mereka kini mempunyai masalah untuk mengutip wang perlindungan daripada penduduk di sebuah kawasan berhampiran. Ini kerana pihak polis sudah dapat menghidu kegiatan mereka, dan sedang menjalankan siasatan di kawasan tersebut. Spy2 polis juga sangat ramai dan susah untuk dikenalpasti.
Dalam mesyuarat itu, pelbagai cadangan diutarakan. Namun akhirnya mereka telah bersetuju dengan satu cadangan yang mendapat undian majoriti untuk mencari seorang yang bisu dan dihantar mengutip wang perlindungan tersebut. Dengan cara ini pihak polis tidak akan mengesyaki mereka, malah si bisu ini juga tidak akan membocorkan hal sulit ini kepada orang lain kerana dia bisu.
Pada hari kejadian, mereka telah menghantar si bisu tersebut untuk menjalankan kerja mereka. Maka si bisu ini pon pergilah ke kawasan tersebut. Nak dijadikan cerita, si bisu ini boleh tahan juga dalam buat kerja. Hari itu sahaja dia mampu mengutip sebanyak RM50,000 dari penduduk di kawasan itu.
Tapi, apa yang geng mafia ini tak tahu, si bisu ini orangnya tamak. Dia pantang tengok duit banyak2, mesti dia nak kebas. Lalu si bisu ini menghilangkan diri dan menyembunyikan wang itu di sebuah lokasi rahsia. Maka panas lah ketua mafia itu, lalu dia menghantar satu pasukan anak buahnya untuk mencari si bisu itu. Cari punya cari, last last jumpa jugak si bisu ni kat warung kopi tepi jalan. Mereka menangkapnya dan membawa ke HQ.
Tiba di HQ, si ketua berkata;
"Mana duit aku??"
Si bisu itu menunjukkan bahasa isyarat. Malangnya tiada seorang pon dalam kalangan mereka yang tahu mentafsir bahasa isyarat.
Lalu malam itu juga mereka mencari seorang pakar bahasa isyarat dan menculiknya ke HQ mereka. Pakar bahasa isyarat itu dipaksa untuk menterjemahkan apa yang diperkatakan oleh si bisu itu.
"Suruh budak bisu ni jawab soalan aku tadi" kata si ketua kepada pakar bahasa isyarat itu.
Lalu si bisu menunjukkan isyarat yang berbunyi:
"AKU TAK MAHU BERITAHU KAMU, KAMU ORANG JAHAT"
Pakar bahasa isyarat itu mengangguk lalu berkata kepada si ketua,
"Si bisu kata dia tak mahu beritahu kamu sebab kamu orang jahat"
Si ketua terus menampar kepala si bisu dan berkata,
"Kau nak main-main dengan aku ya? Cepat cakap kat mana kau sorok benda tu kalau tidak aku pukul kau lagi"
Si bisu menunjukkan bahasa isyarat yang berbunyi:
"PUKUL LAH AKU, AKU TAKKAN BERITAHU"
Pakar bahasa isyarat mengangguk lalu berkata kepada si ketua,
"Dia tak mahu beritahu juga, walaupun kamu pukul dia lagi"
Lantas si ketua mengeluarkan sepucuk pistol dan diacukan ke kepala si bisu. Orang kanan si ketua juga melakukan perkara yang sama.
"Ini peluang terakhir. Kalau kau tak cakap, aku bunuh kau sekarang juga!!" jerit si ketua.
Si bisu itu terketar-ketar kerana takut dibunuh. Siapa tak takut kalau diacukan pistol ke kepala. Lantas dia menunjukkan isyarat yang bermaksud:
"BAIKLAH, AKU BERITAHU. DUIT RM50,000 ITU AKU SOROKKAN DALAM SEBUAH PLASTIK. PLASTIK ITU AKU SIMPAN DI BAWAH TANGGA DALAM SEBUAH PONDOK USANG DI KEBUN GETAH. KEBUN GETAH ITU TERLETAK DI SEBELAH HIGHWAY KL-SEREMBAN, DEKAT2 DENGAN EXIT KE HIGHWAY SHAH ALAM... KALAU KAMU SAMPAI DI SITU, IKUT TANDA ANAK PANAH MERAH, AKU SUDAH TINGGALKAN KESAN SUPAYA AKU TAK TERLUPA.."
Pakar bahasa isyarat itu terkejut mendengar jawapan tersebut. Dia termenung sebentar, sambil tangannya mengurut-urut dagunya yang tidak berjanggut.
"Si bisu ni kata.." tiba-tiba pakar bahasa isyarat itu bersuara,
"Duit itu dia sudah serahkan kepada pihak polis. Tembaklah, sekarang pon takpa, dia tak kisah.."
No comments:
Post a Comment