"Aduhh.. Uspot block website ni plak.. tak dapat nak bukak.."
Ungkapan yang sering kita dengar setiap kali tiba musim peperiksaan. Hal ini terjadi kerana server anda telah block certain website supaya setiap student fokus terhadap pelajaran.
Namun, ada caranya untuk kita buka laman web tersebut. Caranya mudah sekali. Ramai antara kita dah tau pasal ni. Aku cuma sampaikan untuk mereka yang masih belum tau lagi.
Kalau yang dah tau tu, boleh buat revision, mana nak tau cara kita berbeza sikit kan. Skali sekala kita kongsi ilmu.
Aku ulang semula tajuknya ya. This is how to bypass MOST internet filters. Not ALL internet filters, ok..?
Cara # 1: Gunakan IP Address website yang ingin anda layari.
1. Untuk mengetahui IP Address website itu, layari laman web ini: http://websiteipaddress.com/Site
2. Isikan address penuh website yang ingin anda layari. ke dalam ruang yang disediakan (seperti dalam bulatan merah di atas) Contohnya: www.facebook.com, www.youtube.com, www.viwawa.com, dan sebagainya. Klik butang "Check Website"
3. Anda akan mendapat IP address laman web tersebut dengan serta-merta. (seperti dalam bulatan merah di bawah). Contoh: aku ingin dapatkan IP address untuk Facebook.
4. Copy IP address tersebut.
5. Buka tab baru dan paste IP address itu. Tekan Enter.
6. Laman web akan bypass internet filter anda. Taa daa..
*p/s: IP address yang diberikan itu hanya domain IP address sahaja. Anda akan di'direct'kan ke domain website tersebut. Contohnya aku nak dapatkan IP address website Kolej 12 UPM (www.k12.upm.edu.my). IP yang diberikan kat aku adalah: 119.40.116.66. Jika aku paste IP address ini kat browser dan tekan Enter, website yang keluar adalah www.upm.edu.my, kerana IP address yang diberikan itu adalah IP address UPM, domain kepada IP Address Kolej 12.
Cara # 2: Cara paling mudah. Gunakan saja perkhidmatan website yang ada.
1. Contohnya, layari laman web http://www.hidemyass.com/
2. Masukkan nama website yang ingin anda layari ke ruang yang disediakan. (seperti dalam bulatan merah di bawah). Tekan Enter. Contohnya aku nak buka Youtube:
3. Jika tiada masalah, anda sepatutnya dapat melayari sebarang laman web yang anda kehendaki.
Senang saja kan. Guna la cara yang mana satu pon, janji dapat bukak kan. Boleh juga digunakan untuk membuka laman web yang... err.. bahaya.. bahaya.. (aku tak suruh, cuma sekadar memberi idea) Wakaka...
1 comment:
I used Hide My Ass Proxy but it is not reliable and it doesn't work on some locations. Now I use Hotspot Shield free VPN. It is very easy to use and reliable than any other proxy service.
Post a Comment