Wednesday, March 16, 2011

MaiLayan!-Boleh Kenal Awak?


Seorang lelaki sedang lepak di kedai mamak seorang diri. Sewaktu sedang menunggu makanan sampai, dia terlihat seorang gadis yang cute gilerz duduk sorang-sorang selang beberapa meja sahaja dari meja yang dia duduk.

Dia tertarik untuk menegur gadis tersebut. Dia menunggu timing yang sesuai lalu bingkas bangun dan menghampiri gadis itu. 

"Hai, awak. Boleh saya duduk sini? Boleh kenal-kenal.." kata lelaki itu sambil tersenyum.

Gadis itu tenung lelaki itu beberapa saat.

Tiba-tiba gadis itu berkata dengan kuat sekali:

"APA? AWAK NAK TIDUR DENGAN SAYA MALAM NI??"

Semua orang di kedai itu pandang mereka. Ada yang berbisik-bisik. Ada juga yang tersengih-sengih.

Lelaki itu berasa sangat malu lalu terus kembali ke mejanya.

Seketika kemudian, gadis itu datang ke meja lelaki itu.

"Maafkan saya kerana buat begitu tadi. Sebenarnya saya pelajar jurusan Psikologi di kolej berhampiran. Saya sedang membuat kajian tentang 'Reaksi Manusia Ketika Dimalukan Di Hadapan Orang Ramai'.. Saya hanya membuat ujian sahaja tadi. Tiada niat untuk berbohong apatah lagi memalukan awak" kata gadis itu.

"Duduklah" balas lelaki itu. Gadis itu pun terus duduk.

Lelaki itu tenung gadis itu beberapa saat.

Tiba-tiba lelaki itu menjerit:

"APA?? CUMA RM 20 SATU MALAM? MURAHNYAAA!!!"

Semua orang pandang gadis itu dengan serta-merta.

Gadis itu pengsan.

5 comments:

Anonymous said...

macam lawak citer kat atas ni...

Anas Clay said...

macam ja? haha

Sayid Ann Ima said...

pade muko
huahuahua
X)

Ahmad Yasir said...

haha..senget anas...cissss..

Anas Clay said...

lol.. @@