Seorang profesor pergi ke sebuah perkampungan orang asli di pedalaman sebuah negeri. Dia ingin menjalankan kajian tentang tahap kebersihan air sungai di situ. Di kampung itu, dia telah mendirikan sebuah mini makmal yang lengkap dengan teknologi yang dia perlukan.
Suatu hari, dia meminta salah seorang daripada puak asli di situ untuk membantunya dalam menjalankan penyelidikan di sungai. Mereka menaiki sebuah sampan dan mula meneroka sungai itu.
Setelah sampai di pertengahan sungai sungai, profesor itu mengambil sampel air dan memasukkan ke dalam sebuah botol kecil. Tertarik dengan kelakuan profesor itu, orang asli itu bertanya,
"Kenapa awak letak air itu dalam botol?"
Profesor itu berasa tercabar dengan soalan itu, seolah2 merendah2kan method penyelidikannya.
"I sedang menjalankan kajian tentang air. I nak lihat struktur molekul serta parameter air ini termasuk kandungan ammonia dan nitrat. Kajian yg I lakukan ini bertaraf tinggi. U tak layak utk ambil tahu"
Orang asli itu menggaru-garu kepala. Professor itu senyum dengan berlagak lalu berkata lagi:
"U tahu Chemistry?"
Orang asli itu menggelengkan kepala.
"Kalau begitu, U sudah kehilangan 30 peratus dari hidup U," profesor itu ketawa.
Keesokan harinya, mereka pergi lagi ke sungai itu. Kali ini lebih jauh.
Profesor itu mengambil sampel air. Dia mengisi penuh dua botol.
Orang asli itu bertanya lagi, "Kenapa kali ini awak ambil dua botol air pula? Air semalam tidak cukup kah?"
Profesor itu tersenyum sinis.
"Ini kajian bermutu tinggi. U tak perlu tahu"
Profesor itu kemudian bertanya,
"U tahu Physics?"
Orang asli itu menggelengkan kepala.
"How come U tak tahu, everything U do everyday is about Physics. Then U sudah kehilangan another 30 peratus dari hidup U"
Orang asli itu terdiam.
Esoknya merupakan hari terakhir penyelidikan profesor itu. Dia sengaja mengajak orang asli itu pergi ke sungai lagi. Untuk menunjukkan kehebatannya, kali ini professor itu membawa mikroskop bersamanya.
Kali ini mereka pergi lebih jauh menerusi sungai itu. Arus air juga sangat deras, menjadikan orang asli itu sukar mengawal sampannya.
Profesor itu mengambil sampel air dan meletakkannya di bawah mikroskop, lalu meneliti struktur atom air tersebut.
Dia bertanya kepada orang asli itu,
"U tahu Biology??"
Orang asli itu menggelengkan kepala.
"Oh my God. Biology is the study of life. U dont know Biology, then U dont deserve to live at all!", profesor itu ketawa terbahak-bahak.
Dia menambah lagi, "U sudah kehilangan lagi 30 peratus dari hidup U....HAHAHAHA"
Tiba-tiba arus air menjadi sangat deras. Mereka sudah tiba di penghujung sungai. Di hadapan mereka kini sebuah air terjun yang sangat tinggi. Jika mereka tidak bertindak segera, mereka akan terjatuh melalui air terjun itu.
"Oh my.... cepat patah balik. This is dangerous. I dont wanna die!" jerit profesor itu.
"Sudah terlambat, arus air ini terlalu deras, sampan ini tak mampu melawan arus. Kita kena terjun sekarang dan berenang ke tebing sementara masih sempat."
"No!! Mikroskop ini tidak boleh kena air, ia akan rosak. Besides, I tak tahu berenang."
Orang asli itu terdiam seketika. Kemudian dia bersuara,
"Awak tak tahu berenang?"
"No. Not at all." kata profesor sambil menggeleng kepala.
"Kalau begitu, awak sudah kehilangan 100 peratus dari hidup awak" balas orang asli itu lalu terjun menyelamatkan diri.
2 comments:
wakakaka.. bgus2~ riak toi
riak mcm ang la aniq.. hehe
Post a Comment