Manusia dan hiburan tak dapat dipisahkan lagi. Dalam peredaran zaman, pelbagai hiburan disajikan untuk kita bersuka ria. Contohnya lagu-lagu yang menjadi halwa telinga kita setiap hari.
Sementara kita meng'update'kan diri kita dengan lagu-lagu baru, apa salahnya kita layan juga lagu-lagu nasyid yang tidak kurang hebatnya. Dalam masa yang sama, kita dapat mendekatkan diri dengan Allah.
Pada saya, lagu Analisa by Shoutul Amal ini antara nasyid yang terbaik pernah saya dengar. Lirik katanya juga sangat bermakna dan menginsafkan. Mari sama-sama kita layan.
(Lirik lagu disediakan di bawah klip video)
Analisa, analisa analisa siapa kita
Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati
Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna
Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran
Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan
Hidup akhirat engkau yakini
Masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
Hilang redha dan kesabaran
Analisa, analisa,
Adakah Iman sempurna
Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya
Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
Tanyalah diri kita
Lirik: Mohd Firdaus Sahidin
Lagu: Megat MS/Mohd Firdaus
Hakcipta: Lambaian Kasih Productions.
Antara mereka yang turut membawakan lagu ini ketika persembahan:
Klik link di bawah untuk dapatkan lirik lagu nasyid yang lain:
No comments:
Post a Comment