Saturday, June 18, 2011

MaiLayan!-Cuba Taip Ini Pada Web Browser Anda


Semua tahu pasal Illuminati kan? Kalau stil blurr lagi, tengok wiki atau rujuk siniPada tahun 2009, tersebar satu berita yang menggemparkan berkaitan hubungan Illuminati dan USA. Nak tahu apa berita tu? Cuba terbalikkan perkataan illuminati: "i t a n i m u l l i". Taip perkataan ini dan tambah (.com) pada browser anda. Contoh: www.itanimulli.com


Tekan Enter, ianya akan membawa anda ke laman web rasmi USA (www.nsa.gov).


Kenapa hal ini berlaku? Mengapa perkataan "itanimulli" terus di'direct'kan ke laman web rasmi USA? Pada mulanya timbul pelbagai spekulasi dan pendapat dari pelbagai pihak. Ada yang mengatakan ianya adalah satu konspirasi. Tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai satu gurauan.

Aku tidak mengiakan mahupun menafikan hal ini. Namun hasil carian yang aku jumpa, segalanya bermula dengan seorang mamat bernama John Fenley. Setelah diselidik melalui www.whois.net, telah terbukti bahawa domain "itanimulli.com" telah dibeli oleh John Fenley. Jadi mungkin mamat ni lah yang men'direct'kan domain "itanimulli.com" ni kepada "www.nsa.gov".


Oleh itu, telah terbukti bahawa mamat John Fenley ni la punca semua kontroversi ni. Kecoh je. Mati-mati satu dunia kena tipu, ingatkan USA betul-betul nak masukkan isu Illuminati ke dalam identiti mereka. Sejauh mana kebenaran, anda nilaikan sendiri. Kalau ada tersilap fakta, sila kongsi ya. Kalau rajin, baca forum ni: abovetopsecret

No comments: