Hari tu cerita Niyang Rapik fail (Rujuk sini). Kali ni filem Karak pulak buat hal. Rasanya semua orang yang dah tengok mesti dah perasan kan? Too obvious LOL. Untuk yang blurr lagi, aku dah siap tolong print screen. Ada gak la banyak yang fail, tapi dua scene kat bawah ni aku rasa merupakan yang paling epic. Layan~ n_n
1. Nombor IC fail.
Shahir oi.. nombor IC kalau hujung tu nombor ganjil, tu namanya nombor IC orang laki, hahaha.. memang la ni berlakon ja, tapi elemen-elemen camni pon kena amik berat jugak. Kesian kat kami sakit perut tahan gelak. Kau bedal nombor IC kau sendiri ke? hahaha..
2. Kereta Hyundai silver bertukar Aeroback putih?
Yang ni aku speechless. Penyunting filem tak tengok balik ka cerita ni? Camna boleh terlepas pandang bang oi? Scene ni berlaku sewaktu kereta yang dipandu (aku tak pasti Hyundai atau Wira, tapi yang pastinya bukan Aeroback haha) terbabas selepas mereka cuba mengelak daripada melanggar hantu budak tu (tengok gambar yang kedua). Waktu terbabas masuk dalam hutan tu, tetiba kereta bertukar jadi Aeroback putih lak! Hahaha.. kalau hangpa edit kasi potong part ni pon takpa, takdak la kami tertanya-tanya, ingatkan keta tu macam Transformers boleh tukar-tukar.. lol~
Kalau rajin nanti pi la tengok komen-komen kat Youtube, lawak jugak bila baca komen-komen depa pasai ni haha.. Kalau ada lagi part yang kantoi, share kat sini sekali ok.
No comments:
Post a Comment