Monday, February 7, 2011

MaiLayan!-Apek Kedai Jam

Okeh, sempena Chinese New Year yang baru lepas ni, jom kita layan sebuah cerita sadis tentang  seorang Apek Kedai Jam. Zaass...

Suatu hari, seorang Apek Kedai Jam sedang sibuk melakukan rutin hariannya. Tiba-tiba datang seorang lelaki menghulurkan seutas jam tangan yang rosak.

Lelaki: Apek, ini jam mau kasi repair ya. Itu tali sudah putus. Jarum pon takmau jalan. Saya baru tukar bateri pon takmau jalan jugak. Kasi tengok-tengok ya.

Apek: Boleh, boleh. Bila mau?

Lelaki:  15 minit lagi boleh?

Apek: Aiya. Gila punya orang. Tarak boleh. Banyak jam mau repair. Lu datang esok, saya kasi siap, sumua elok, tarak rosak-rosak punya.

Lelaki: Ala apek. saya ini petang sudah mau balik kampung maa. Kedai lain tarak bukak. Boleh laa.

Apek: Aiya, tarak boleh ma. Nanti customer lain marah sama wa. Banyak lagi mau kasi butul.

Lelaki(berbisik): Apek kasi siap saya punya dulu, saya bayar triple punya. Mau?

Apek: Itu macam ka? Lu datang balik lagi 10 minit wa kasi siap.

Lelaki: Orait. Saya pi cucuk duit sat.

Lelaki itu pun beredar. Begitulah dialog antara mereka berdua.
Memikirkan pulangan tiga kali ganda itu, si apek ni mula bekerja macam orang gila. Jam itu cepat-cepat dibawa ke meja tukangnya. Lampu meja dihidupkan, terang benderang sehingga menyuluh lubang hidungnya. Lantas tangannya mencapai segala alatan. Screwdriver di tangan kanan, spanar hidup di tangan kiri. Di saat itu juga kanta matanya disumbat pada mata, dikepit antara pipi dan kening. Maka kelihatanlah segala jenis skru dan nat-nat kecil menjadi sebesar gajah di hutan.

Baru seminit si apek ni buat kerja, tiba-tiba dia rasa nak terkencing. Lalu berhambur si apek ni lari tertonggek-tonggek ke toilet. Pintu toilet itu diterajangnya dengan kejam. Tanpa mengunci pintu, seluarnya dilondeh dengan laju. Lalu si apek ni pon melepaskan hajat kecilnya itu.

Tiba-tiba si apek ni menjerit lalu pengsan.

Maka kecoh lah kawasan itu mendengar jeritan apek ni, lalu ramai-ramai mereka bawa dia ke hospital.

40 minit kemudian, si apek ni tersedar.

Lalu doktor yang merawatnya bertanya kepada apek,

Doktor: Apek, apa pasai ni. Tiba-tiba saja pengsan. Siap menjerit lagi, depa cerita kat saya. Apa kena?

Apek: Saya tengah repair jam. Tiba-tiba mau kencing. Saya lari masuk toilet, saya ada nampak itu naga besar. Banyak besar..banyak besar punya. Itu naga tembak air sana-sini.

Doktor: Apek, lain kali tyme kerja, kalu mau kencing, itu kanta kat mata kasi tanggalkan dulu.

No comments: