Sunday, February 6, 2011

MaiLayan!-Tafsiran Tahi Lalat Berdasarkan Kedudukan


Uit.. kali ni kita dedah sikit pasai tafsiran kedudukan tahi lalat yang ada kat badan kita ni. Walau bagaimanapun, ini hanyalah tafsiran orang Melayu, berdasarkan petua orang-orang tua. Sejauh mana kebenaran dia, aku pon tak pasti. Tapi sekadar pengetahuan dan hiburan, boleh la. Yuhutt.. pasni ramai la orang dok ushar badan pasangan masing-masing. Belek sana, belek sini, selak sana, selak sini. Nak cari tahi lalat la tu.. haha.. Jom Layann~

Bibir atas kanan
Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri
Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan

Disegani orang, ramai yang suka

Bibir bawah kiri
Pandai berbicara, tidak mudah kalah

Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri
Cerdas dalam segala hal, banyak pengetahuan

Leher di tengah

Tercapai cita-cita

Biji mata kanan
Suka kelentong/pembohong

Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri

Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri
Malas dan suka duduk

Betis kanan
Suka berhibur, boros berbelanja

Betis kiri
Rajin dan tidak suka menganggur

Lutut kanan

Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri
Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang
Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan
Cerdas dan cekap

Kening kiri
Cerdas, sopan santun

Tengah kening
Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan

Susah mendapat rezeki, tidak mudah kalah

Hujung mulut kiri
Suka berfoya-foya

Ketiak kanan
Berkebolehan menyimpan rahsia

Ketiak kiri
Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan
Suka keluar rumah (jalan-jalan)

Pergelangan kaki kiri

Mempunyai kehendak yang kuat

Batang hidung
Banyak orang mencintainya dan berpotensi menjadi kaya

Pada hidung
Banyak rezeki

Dagu bawah kanan

Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri
Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri
Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki)
Bakal beristeri dua

Tumit kanan
Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri
Baik budi

Alis kanan
Suka menolong, baik hati

Alis kiri
Ramai yang suka

Pangkal peha kanan

Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri
Suka kerja apa-apa pun

Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh

Jari kaki kanan
Suka menolong

Jari kaki kiri
Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan
Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri

Suka berkerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan

Baik hati, pendiam, pandai simpan rahsia

Buah dada kiri

Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan
Setia dan taat pada orang atasan

Lengan kiri

Menepati janji dan rajin

Pipi kanan
Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan
Ramai yang menyukainya

Tengah-tengah pipi kiri
Ramai teman

Ubun-ubun
Kurang jujur

Pusat
Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan

Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri
Beroleh kemuliaan

Pinggang kanan
Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri

Disayangi pasangan hidup

Dada kanan
Berpotensi mengatasi masalah

Dada kiri
Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri

Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan
Kuat keinginan untuk memiliki kekayaan

Siku tangan kiri
Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan
Agak kerap beroleh keuntungan

Jari tangan kiri

Serba baik dalam bekerja

Jari telapak tangan kanan
Banyak rezeki tetapi boros

Jari telapak tangan kiri
Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan
Banyak rezeki, suka memberi kemaafan

Perut bawah kiri

Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam

Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam
Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar
Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri
Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan
Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas

Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas

Baik budi, ramai yang menyukainya

Kelopak mata kanan bawah
Agak malas

Kelopak mata kiri bawah

Agak bodoh, kurang bijaksana

No comments: