Friday, February 18, 2011

MaiLayan!-Kenapa Saya Tak Minum Coke?


Penah sekali aku pi rumah kak aku. Waktu tu dia beli air Coke botol besar. Perghh layan baii.. tapi dalam ramai-ramai tu, aku sorang ja yang tak minum. Maka timbullah rasa hairan dalam sanubari kakak aku ni kan.. (hehe ayat tak leh blah). 

Kak aku pon tanya kat aku, pasai pa aku tak minum, sebab memang dari kecik kami keempat-empat adik beradik memang suka minum Coke. Lantas aku kata yang aku dah berhenti minum Coke (dah macam stop drinking plak haha~).. Lalu kak aku tanya aku kenapa.. Hangpa semua pon mesti tau kenapa kan? Layan ni:

1. Di Amerika Syarikat, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan dengan hampir 2 gallon air Coke. Tujuannya adalah untuk menghilangkan kesan darah di atas jalan sekiranya berlaku kemalangan. 
p/s: Nanti kita skodeng tengok kereta peronda PLUS ada bawak tak air coke...

2. Jika direndamkan secebis kecil tulang ayam ke dalam semangkuk air coke. Tinggalkan selama 2 hari tanpa gangguan. Tulang itu akan lenyap akibat hakisan dari air Coke itu.
p/s: Jangan try kaedah ni ke atas ayam hidup. Ayam itu akan mati lemas.

3. Cari mangkuk tandas yang kotor. Ambil satu tin air Coke dan tuang ke atas kotoran itu. Biarkan sejam. Kemudian flush. Mangkuk tandas itu akan bertukar bersih dengan serta-merta akibat hakisan air Coke itu.
p/s: Pasni pesan kat mak, tak payah beli pencuci tandas. Guna ja stok air Coke yang ada


4. Air Coke mampu menghilangkan karat pada bumper kereta jenis chrome. Celup saja kain dengan air Coke dan lap macam biasa. Terbukti berkesan.
p/s: Jangan gatai nak pi lap bumper awek hangpa plak. satgi kena lempang free ja

5. Yang ni pon best. Air Coke juga digunakan untuk menghilangkan karat pada skru dan nat pada aksesori kereta. Skru yang ketat-ketat pon boleh dilonggarkan dengan basuhan air Coke.
p/s: Jangan ghairah sangat sampai nak tuang air Coke dalam tangki minyak ok..

6. Untuk menghilangkan kesan minyak dari pakaian, campurkan air Coke bersama cecair pencuci pakaian. Kesan minyak tersebut akan hilang. 
p/s: Lepas tu boleh la hangpa minum air basuhan bercampur Coke tu

7. Kalau ada cermin kereta yang berdebu dan kotor, tuangkan air Coke ke atas kain dan lap cermin itu. Pasti akan bersih serta merta.
p/s: kalau nak kreatif lagi, isi ja air Coke dalam tangki air wiper tu..

8. Antara bahan aktif Coke ialah phosphoric acid yang mempunyai nilai pH serendah 2.8. Asid ini mampu mencairkan sebatang paku selama 4 hari.
p/s: Tokey kilang besi mesti suka ni

9. Lori tangki syrup Coke (bukan air Coke yang dah siap bancuh tu) disaluti dengan bahan anti-hakisan yang tebal.
p/s: kalau sesiapa yang nak bunuh diri, silakan terjun ke dalam lori ini.

10. Coke mempunyai chemical yang mampu retard kan organ pembiakan, baik lelaki mahupun perempuan. Senang crita, mandul la.
p/s: Tapi kalau dah mandul sejak azali tu, jangan nak salahkan Coke plak..

(Fakta di atas adalah berdasarkan kajian sekumpulan saintis barat itu sendiri)

4 comments:

Anonymous said...

bkn ke ang jual coke kt kitorg? aku tgk stok coke bnyk je..

Anas Clay said...

uih haha mana ada aku jual coke.. dah tak jual dah.. jual air lain

fatin najian said...

kantoi......'ubat halau nyamuk' pn kna stop jual gak...

Anas Clay said...

uish yang tu takleh.. permintaan tinggi