Tuesday, February 8, 2011

MaiLayan!-Selamat Pagi Cikgu


Suatu pagi, seorang cikgu yang emosional berjalan kaki ke kelasnya. Setibanya di kelas, semua murid berdiri memberikan hormat kepada cikgu tersebut. Maka terjadilah suatu peristiwa yang menjadi titik hitam dalam sejarahnya sebagai seorang cikgu. Kenapa? Jangan banyak tanya, layan nih:

Murid-murid: (ramai-ramai bangun) Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: Mengapa selamat pagi saja? Petang, malam, awak doakan saya tak selamatkah?

Murid-murid:
Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!

Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat orang! Ucap saja selamat sejahtera! Mudah dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: (diam seketika)......Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Cikgu nak buat ujian kata berlawanan hari ni. Kamu semua dah tahu kan? Saya dah ajar minggu lepas. Kamu kena jawab dengan cepat.

Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Siapa tidur, saya pukul hidung dia dengan buku teks.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!
Murid2: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid2: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid2: Dekat!
Cikgu: Kejahatan!
Murid2: Kebaikan!
Cikgu: Keadilan!
Murid2:UMNO!

<Cikgu itu tersentak>

Cikgu: Salah!
Murid2: Benar!
Cikgu: Bukan! Bukan!
Murid2: Betul! Betul!
Cikgu: Itu bukan soalan, bodoh!
Murid2: Ini adalah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid2: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru kamu tahu!
Murid2: Akar lama kami tak tahu!
Cikgu: Malaslah ajar kamu!
Murid2: Rajinlah belajar kami!
Cikgu: Gila!
Murid2: Waras!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid2: Kurang! Kurang!
Cikgu: Saya kata sudah! Sudah!
Murid2: Kami dengar belum! Belum!
Cikgu: Kenapa kamu bodoh ni?
Murid2: Kerana kami pandai tu!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid2: Ah! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid2: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid2: Kekal kami!
Cikgu: Pelajaran sudah habis!
Murid2: Pegajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid2: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid2: Duduk!
Cikgu: Saya kata jawapan UMNO salah!
Murid2: Kami dengar soalan keADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid2: Cerdik kami tu!
Cikgu: Berhenti!!
Murid2: Bergerak!!
Cikgu: Kamu ditahan pada tengah hari ini!
Murid2: Kami dilepaskan pada tengah malam itu!

<Senyap>

Cikgu itu dengan perlahan mengambil bukunya lalu beredar. Esoknya, murid-murid itu mendapat tahu bahawa cikgu itu telah berhenti kerja.


2 comments:

Anonymous said...

mcm sial nye anak murid....

Anas Clay said...

haha