Monday, March 14, 2011

MaiLayan!-Dialog Suami Isteri


Berlaku satu perbualan antara sepasang suami isteri.

Isteri: Hubby, U ada perempuan simpanan ke?
Suami: Apa U mengarut ni, jangan fikir bukan-bukan..

Isteri: Hubby, kalau suatu hari nanti I dah tak ada, apa U akan buat?
Suami: I akan bersedih dengan kehilangan U.

Isteri: U akan kahwin lain?
Suami: Tak da lah.

Isteri: Kenapa? U tak suka hidup berkahwin? I teruk sangat ke?
Suami: Eh..Mestilah I suka hidup berkahwin. Seronok.

Isteri: Habis tu kenapa U tak nak kahwin pulak?
Suami: Hmm.. yala..yala I kahwin lain.

Isteri: Habis isteri baru U tu nanti akan duduk rumah kita?
Suami: Mungkin la kot.

Isteri: Agak-agak dia akan pakai kereta I tak?
Suami: Tak kot.. Setahu I dia tak pandai bawak kereta. Pergi kerja pon naik motor je sekarang.

(Diam seketika)

Suami: <Shit!>

3 comments:

Sayid Ann Ima said...

hahaha
kantoi sudey
lolz
X)

fatin najian said...

isteri akan jawab : okay hubby...thanx for your sincere answer...kalau ckp dari awal tadi kan senang...;)

Anas Clay said...

sayid: terlajak sudaa.. haha,,
najian: cakap awal2 tak dramatik la.. haha