Monday, March 28, 2011

MaiLayan!-Lembu Dan Sosej

 

Seorang bapa telah menghantar anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika. Kesemua kos dan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh bapa tersebut. Maklumlah orang kaya. Walau bagaimanapun, si anak ini terlalu bengap dan tolol. Dah 10 tahun berlalu, satu degree pon tak dapat. Kawan-kawan dia yang lain dah balik Malaysia dah, siap dapat kerja bagus-bagus lagi.

Lama kelamaan, si bapa ni menjadi bengang dan menyuruh anaknya pulang ke Malaysia dengan segera. Daripada membazir duit untuk menanggung pelajaran di luar negara, lebih baik anaknya pulang belajar di tanah air sahaja. 

Ketika di airport, si bapa datang menjemput anaknya dengan kereta. Dalam kereta, si bapa tidak bercakap langsung kerana terlalu bengang dengan anaknya itu. Pandang muka anaknya pon tidak. Si anak menjadi takut dan serba salah. 

Lantas si anak mencari bahan untk bersembang. Fikir punya fikir, si anak ni menjadi buntu. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan percakapan dengan ayahnya. Tiba-tiba dia mendapat satu topik untuk bercerita.. (dalam fikiran dia: tibai je lah cerita apa pon, janji boleh sembang sikit-sikit jadilah kan)

Anak: Ayah, ayah tau tak.. kat Amerika tu semuanya maju-maju.. Kereta dia maju, bangunan dia maju, mesin-mesin dan jentera pon semuanya maju. Ayah nak tau, sekarang diorang nak buat sosej dah tak payah sembelih lembu dah, tau? Siat ja kulit, pastu terus masukkan lembu sekor-sekor dalam mesin tu, pastu keluarlah sosej..

Ayah: Itu teknologi tak maju pon.. Malaysia lagi maju. Aku dulu masukkan sosej je dah keluar lembu sekor.. menyusahkan pulak tu..

Adaptasi dari: Klik sini