1. Jika anda seorang perempuan, pastikan beg tangan/dompet anda tidak terlalu besar dan tebal. Hal ini adalah supaya beg itu mudah dikepitkan di celah ketiak anda yang berpeluh. Penyeluk saku tidak suka dompet yang berbau peluh ketiak.
2. Jika anda seorang lelaki, sentiasa check dan pastikan dompet anda berada di dalam saku anda, kerana jika dompet anda berada dalam saku orang lain, itu bermakna anda telah dicopet oleh penyeluk saku.
3. Kaburkan mata si penyeluk saku dengan membahagikan duit anda di seluruh poket yang ada. Dengan cara ini penyeluk saku itu akan kebingungan kerana tidak pasti untuk menyeluk poket yang mana satu.
4. Jika anda gemar meletakkan dompet di poket belakang seluar (berdekatan punggung), banyakkan makan telur, halia, petai dan bawang putih. Pasti tiada penyeluk saku yang ingin mendekati anda kerana niat mereka terbantut oleh bau-bauan yang pekat dan dahsyat.
5. Pastikan anda langsung tidak membawa sebarang wang ketika membeli belah. Dengan cara ini anda bebas dari penyeluk saku. Jika anda perlukan wang untuk membeli sesuatu ketika itu, seluk saja saku orang sebelah anda.
6. Pastikan semua wang di dalam dompet anda adalah berbentuk syiling. Beratus-ratus ringgit duit syiling pon tak apa. Dengan ini, penyeluk saku tidak berdaya untuk mencopet dompet yang sangat berat itu. Walau bagaimanapun, pastikan anda memakai tali pinggang, jika tidak, seluar anda pula yang tertinggal di belakang nanti.
7. Jika anda ingin membawa wang dalam kuantiti yang banyak, jangan disimpan di dalam dompet. Letakkan wang itu di dalam plastik dan gantungkan pada leher anda. Anda tidak akan menjadi mangsa penyeluk saku kerana anda hanya akan menjadi mangsa rompakan bersenjata.
8. Jika anda mengesyaki penyeluk saku sedang mengekori anda, cepat-cepat keluarkan dompet anda dan lemparkannya sejauh mungkin. Penyeluk saku itu tidak akan mengekori anda lagi kerana dia sedang berlari mengejar dompet itu.
9. Jika anda perlu membeli sesuatu yang amat penting, dan anda terpaksa membawa wang yang banyak, pastikan anda pergi beramai-ramai bersama rakan anda. Berjalan dalam kumpulan. Pastikan anda berada di tengah sekali dalam kumpulan itu. Anda tidak akan dicopet, sebaliknya rakan anda yang berada di tepi sekali yang akan menjadi mangsa.
10. Tips akhir. Pastikan anda langsung tidak keluar ke mana-mana. Dengan cara ini, anda tidak akan menjadi mangsa seluk saku.
7 comments:
haha
nice 1
i especially like num 9
lolz
X)
lol.. sienz ur fren lor..bhahahha
xpe2
y penting sy selamat
(pentingkn diri)
hahaha
XD
ahaha... XD
-wink-
X)
no.5.. hahahha!! skit pwot glak..
hahaha XD
Post a Comment