Friday, March 4, 2011

MaiLayan!-50 Fakta Anda Perlu Tahu

 

1. Nama yang paling banyak digunakan di serata dunia ialah Muhammad.

2. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni(2) dan San(3).. Nissan(23).

3. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk ialah madu. 

4. Otot yang bekerja paling cepat pada tubuh kita adalah otot kelopak mata.

5. Siput mampu tidur selama 3 tahun.

6. Tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

7. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus dapat membiak lebih dari sejuta ekor anak tikus.

8. Titik merah pada 7-Up logo ditemukan oleh seorang albino bermata merah.

9. Memakai headphone selama 1 jam dapat membiakkan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.

10. Setiap lipstik mengandungi sisik ikan.

11. Persamaan antara baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan adalah, kesemuanya ditemukan oleh perempuan.

12. Coca-Cola mengandungi Coca (zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

13. Duit kertas sebenarnya bukan diperbuat daripada kertas tetapi kapas.

14. Perut orang dewasa mempunyai kapasiti maksimum 1.5 liter. Tetapi perut lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter.

15. Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

16. Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran dalam menghasilkan minyak wangi.

17. Kelapa paling besar di dunia  ada di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

18.Surat cinta tertua di dunia yang dijumpai di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq. 

19. Ketika seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit.

20. Secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

21. Kajian menunjukkan orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

22. Secara purata manusia menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

23. Secara purata, manusia normal meminum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

24. Di serata dunia, yoyo adalah sejenis permainan, namun di Filipina , yoyo merupakan senjata berbahaya.

25. Hanya terdapat empat buah negara yang bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.

26. Setiap tahun, Selat Inggeris (yang memisahkan England dan Perancis) melebar sebanyak 300 mm.

27. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad A.

28. Semasa kita bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

29. Kerosakan otak boleh berlaku sekiranya suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

30. Badak air boleh berlari lebih pantas daripada manusia.

31. Ngauman singa boleh didengar dari sejauh 3 km.

32. Tiram boleh mengubah jantina beberapa kali sepanjang hayatnya.

33. Lebih kurang 80 peratus haiwan di muka bumi ialah serangga.

34. Secara purata, seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam dalam seminggu  untuk menonton tv.

35. Tenaga dari tahi seekor ayam dalam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

36. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun.

37. Ayam mampu menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

38. Jantina kura-kura boleh diketahui berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura-kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

39. Jika semua bongkah ais di dunia (dianggarkan 23 juta kilometer padu) cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus.

40. Jika anda menjerit selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

41. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah Kutub Utara atau Kutub Selatan, tetapi adalah Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

42. Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi terbesar dalam sistem solar.

43.
Kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. 


44. Produk pertama yang mempunyai kod bar ialah gula-gula getah Wrigleys.

45. Ikan emas akan melompat keluar dari akuarium beberapa jam sebelum berlaku gempa bumi.

46. Semut mempunyai otak yang terbesar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.


47. Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

48. Kamera terawal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama 8 jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan. 

49. Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung jika kucing kesayangan mereka mati.

50. Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir berbanding wanita.